S1: Bolehkah pemohon Bukan Warganegara atau Penduduk Tetap untuk memohon kemasukan ke UiTM? |
J1: TIDAK BOLEH. Permohonan kemasukan ke UiTM terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja. |
S2: Berapa kalikah pengambilan pelajar di UiTM dibuat setahun? |
J2: Dua (2) kali setahun mengikut peringkat pengajian yang ditawarkan.Pengambilan bagi Sesi Akademik Oktober (Sesi 1) dan Sesi Mac (Sesi 2). Sila klik di sini untuk melihat jadual pengambilan. |
S3: Bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke UiTM? |
J3: Permohonan kemasukan ke UiTM adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my atau http://online.uitm.edu.my mengikut jadual pengambilan seperti di JADUAL 1 di atas.
Nombor Unik ID atau No. Slip UiTM bagi permohonan kemasukan ke UiTM melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun BSN mengikut tarikh yang diiklankan. |
S4: Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas tarikh tutup permohonan kemasukan ke UiTM? |
J4: TIDAK DIBENARKAN. |
S5. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang telah ditawarkan oleh UiTM? |
J5: TIDAK DIBENARKAN BERDASARKAN PERATURAN AKADEMIK UiTM.. |
S6: Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran UiTM? |
J6: TIDAK DIBENARKAN. |
S7: Apakah yang perlu saya buat jika saya/ ibu/ bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang? |
J7: Anda boleh mendapatkan semula sijil lahir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat. |
S8: Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke UiTM bagi Sesi Akademik. |
J8: Bagi calon lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma setaraf yang akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda disyaratkan telah mengambil MUET dan mencapai keputusan minimum berdasarkan Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. |
S9: Bagaimanakah saya boleh menyemak status keputusan permohonan kemasukan ke UiTM? |
J9: Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke UiTM melalui portal pengambilan UiTM http://online.uitm.edu.my |
S10: Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga? |
J10: Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda pagar (#) di bahagian akhir nama program. |
S11: Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah layak dengan kelayakan yang saya perolehi? |
J11: Anda boleh menyemak syarat kelayakan melalui https://selangkah.uitm.edu.my/ atau membaca syarat kemasukan melalui http://online.uitm.edu.my |
S12: Bagaimana untuk saya mendapatkan surat tawaran dari UiTM? |
J12: Anda boleh melihat dan mendapatkan surat tawaran melalui http://online.uitm.edu.my. |
S13: Apakah jenis pelayar yang sesuai untuk mengisi borang permohonan atas talian melalui http://online.uitm.edu.my.? |
J13: Sila gunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas SAHAJA untuk menghantar permohonan atas talian. |
S14: Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan? |
J14: Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan terbatal sekiranya kelayakan anda tidak menepati syarat Am Universiti dan juga Syarat Khas Program serta membuat pemalsuan data semasa mengisi borang permohonan. |
S15: Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke UiTM? |
J15: Anda boleh merujuk ke bahagian berikut: |
1. Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar Aras 3, Bangunan Budisiswa Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Tel : 603-5544 3542 Faks : 603-5544 3517 |
2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Height 50490 Kuala Lumpur Tel : 03-2098 3731/3732 Fax : 03-2098 3769 |
S16: Saya telah membeli No Slip BSN, tetapi terdapat paparan 'Maaf, No Pin Yang Dibeli Tidak Sah" |
J16:
Pastikan anda telah mempunyai [ No Slip BSN ] di bawah kategori yang betul.
|
S17: Saya telah tersalah membeli Nombor Unik ID atau No. slip UiTM, bolehkah saya membuat pertukaran nombor yang baru? |
J17: Hanya calon yang tersalah membeli Nombor Unik ID atau No. slip UiTM di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) pada hari yang sama sahaja yang boleh membuat pertukaran nombor yang baru. |
S18: Bilakah keputusan permohonan akan diumumkan? |
J18: Sila rujuk http://online.uitm.edu.my dari masa ke semasa atau sila hubungi Pihak Bahagian Pengambilan Pelajar. Pertanyaan Mengenai Permohonan : (+603)-55443164/3165/3166/3174/3175 |
S19: Kenapa program yang saya hendak mohon tiada dalam borang? |
J19: Sila semak Senarai Program sebelum membuat permohonan. . Sila Klik di sini untuk maklumat lanjut. |