BORANG PERMOHONAN LEPASAN SPM DAN SETARAF KE PROGRAM ASASI DAN DIPLOMA
Maklumat Am (Sila Baca Sebelum Mengisi Borang)
1. Sekiranya program pilihan anda tiada di dalam senarai pemilihan program, sila rujuk Bahagian Pengambilan Pelajar.
2. Sila tekan butang HANTAR setelah selesai mengisi Borang Permohonan untuk memastikan permohonan anda adalah muktamad. Sekiranya butang HANTAR tidak ditekan, permohonan anda tidak diterima.
3. Anda hanya dibenarkan mengemaskini maklumat anda sebanyak 10 kali sahaja. Bagi menyemak dan mencetak borang permohonan anda, sila KLIK DI SINI.
4. Permohonan ini dibuka dari 28 OGOS 2023 SEHINGGA 30 OKTOBER 2023.
5. Syarat-syarat minimum kelayakan, sila klik SYARAT KEMASUKAN.
6. SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA:
 
  • Permohonan hanya terbuka kepada CALON LEPASAN SPM SAHAJA.
  • Berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sawarak/Orang Asli Semananjung Sahaja dan Warganegara Malaysia.
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon.
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon.
  • Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini.
7. Permohonan anda akan terbatal sekiranya anda didapati memberikan maklumat salah/tidak benar/memanipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan:
 
  • Kewarganegaraan Malaysia
  • Status Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sarawak/Orang Asli Semenanjung
  • Kelayakan/keputusan peperiksaan SPM
8. Sila pastikan anda membuat cetakan dan menyimpan borang permohonan anda sebagai rujukan.
9. Hebahan panggilan temu duga (PROGRAM BERTEMU DUGA SAHAJA) dan keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui online.uitm.edu.my
 
MAKLUMAN:
* Pastikan membeli No Pin yg betul mengikut lepasan.
* No Pin mula dijual bermula28/08/2023 sehingga 30/10/2023.
* Pembelian No Pin boleh dibuat di mana - mana cawangan BSN - No Pin UiTM: Program 1 (RM 10.00).

PERMOHONAN TELAH DITUTUP.

CALON HANYA DIBENARKAN UNTUK MENCETAK BORANG PERMOHONAN SAHAJA.

HARAP MAKLUM

NO KAD PENGENALAN : cth:820920025530
NO SLIP BSN :
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

Sebarang Pertanyaan lanjut atau masalah sila hubungi talian Bahagian Pengambilan Pelajar dari
jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat hari bekerja sahaja)